Sunday, April 10, 2011

Keutamaan dan ganjaran membaca Al-Qur’an ( Kitabullah)


1.Membaca Al-Qur’an akan memberi rahmat Allah kepada manusia.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud “ Sesungguhnya orang-orang yg selalu membaca Kitabullah dan mendirikan solat serta menyedahkan sebahagian rezekinya yang telah kami anugerahkan kepadanya secara diam-diam dan terang-terangan mereka mengharapkan suatu perniagaan yang tidak merugi agar Allah Swt memberikan kepada mereka pahala dan menambah kepada mereka dari rezekiNya Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha mensyukuri“.
 Sebahagian ulama berpendapat bahwa membaca Al-Qur’an itu lebih utama daripada membaca tasbih tahlil dan zikir-zikir lainnya. Sabda Nabi Muhammad s.a.w “Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al-Qur’an ialah ibarat buah utrujjah baunya harum dan enak rasanya sedangkan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an adalah ibarat buah kurma tidak berbau tapi manis rasanya. Adapun perumpamaan orang munafik yg membaca Al-Qur’an ialah bagaikan wangi baunya harum tapi pahit rasanya sedangkan perumpamaan orang munafik yangg tidak membaca Al-Qur’an adalah bagaikan buah hanzolah tidak berbau lagi pahit rasanya“.

2. Pahala membaca Al-Qur’an kepada manusia.
Sabda rasulullah s.a.w “Barangsiapa membaca satu huruf dari Al-Qur’an dihitung untuknya satu kebaikan dan pahala satu kebaikan adalah sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan “Aliif laam miim” itu satu huruf melainkan Aliif satu huruf Laam satu huruf dan Miim adalah satu huruf“.

3. Al-Qur’an menentukan tinggi atau rendahnya tempat di syurga bagi pembacanya. Sabda Nabi Muhammad s.a.w “Nanti akan dikatakan kepada pembaca Al-Qur’an “Bacalah dan tingkatkanlah bacaannya dengan tartil seperti kamu mentartilkan bacaannya sewaktu di dunia. Sesungguhnya tempatmu itu adalah berdasarkan ayat terakhir yang kamu baca“.

3. Al-Qur’an akan memberi syafa’at kepada pembacanya di akhirat kelak.
Sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda “Bacalah selalu Al-Qur’an sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti untuk memberi syafa’at kepada para pembacanya“.

4. Orang tua juga akan mendapat balasan di akhirat sekiranya anaknya selalu membaca dan mengamalkan Al-Qur’an.
 Rasulullah s.a.w. bersabda “Barangsiapa selalu membaca Al-Qur’an dan mengamalkannya nescaya Allah akan memakaikan mahkota kepada kedua orang tuanya besok di hari kiamat yang mana cahaya mahkota tersebut lebih indah dari cahaya matahari yang menyinari rumah-rumah dunia. Maka apakah balasan pahala yang akan dianugerahkan kepada orang yang membaca dan mengamalkan Al-Qur’an itu sendiri? ”.

5. Membaca Al-Qur’an secara berterusan adalah termasuk kewajipan setiap muslim Oleh karena itu mereka yang tidak sempat atau tidak mampu untuk melakukannya akan merasa iri dengan yang orang lain dan inilah iri hati yang dibenarkan agama. Dalam sebuah hadits shahih Rasul Saw bersabda “Tidak dibolehkan iri hati kecuali terhadap dua hal yakni Kepada seseorang yang dianugerahi Allah Al-Qur’an yang selalu ia lakukan siang dan malam dan kepada seseorang yang diberi Allah harta kekayaan yang selalu menafkahkannya siang dan malam“.

6. Membaca Al-Qur’an akan mendatangkan ketenteraman,ketenangan,kedamaian dan rahmat Allah akan selalu menyertainya .Rasulullah Saw telah bersabda “Jika ada sekelompok orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari kitabullah maka akan turun kepada mereka ketentraman kedamaian dan mereka akan diliputi oleh rahmat serta dikelilingi oleh para malaikat. Dan Allah SWT selalu menyebut mereka di kalangan penduduk langit“.

KEISTIMEWAAN AL-QURAN


1. Memberi petunjuk lengkap disertai hukumnya untuk kesejahteraan manusia sepanjang zaman, tempat dan bangsa.
2. Susunan ayat yang mengagumkan dan mempengaruhi jiwa pendengarnya.
3. Dapat digunakan sebagai pedoman kehidupan manusia.
4. Menghilangkan ketidakbebasan berfikir yang melemahkan daya upaya dan kreativiti manusia (memutus rantai taqlid).
5. Memberi penjelasan ilmu pengetahuan untuk merangsang perkembangannya.
6. Memuliakan akal sebagai dasar memahami urusan manusia dan hukum-hukumnya.
7. Menghilangkan perbezaan antara manusia dari segi kelas dan fizik serta membezakan manusia hanya segi takwanya kepada Allah SWT.

ISI KANDUNGAN UTAMA AL-QURAN


Al-Quran adalah kitab suci agama Islam untuk seluruh umat Islam di seluruh dunia dari awal diturunkan hinggalah waktu penghabisan spesies manusia di dunia baik di bumi maupun di luar angkasa akibat kiamat besar.
Di dalam surah-surah dan ayat-ayat al-Quran terkandung kandungan yang secara garis besar dapat kita bagi menjadi beberapa hal pokok atau hal utama beserta pengertian atau erti definisi dari masing-masing kandungan inti sarinya, iaitu sebagaimana berikut ini :
1. Aqidah / Akidah
Aqidah adalah ilmu yang mengajarkan manusia mengenai kepercayaan yang pasti wajib dimiliki oleh setiap orang di dunia. Al-Quran mengajarkan aqidah tauhid kepada kita iaitu menanamkan keyakinan terhadap Allah SWT yang satu yang tidak pernah tidur dan tidak beranak-pinak. Percaya kepada Allah SWT merupakan rukun iman yang pertama. Orang yang tidak percaya terhadap rukun iman di anggap sebagai kafir.
2. Ibadah
Ibadah dari segi bahasa taat, tunduk, ikut atau turut. Dari pengertian "fuqaha" ibadah adalah segala bentuk ketaatan yang dijalankan atau dkerjakan untuk mendapatkan redha dari Allah SWT. Ibadah umum dalam agama Islam terdapat dalam rukun islam iaitu mengucap dua kalimah syahadat, solat lima waktu, membayar zakat, puasa di bulan suci ramadhan dan mengerjakan haji bagi yang telah mampu menjalankannya.
3. Akhlaq / Akhlak
Akhlak adalah perilaku yang dimiliki oleh manusia, baik akhlak yang terpuji atau akhlakul karimah maupun yang tercela atau akhlakul madzmumah. Allah SWT mengutus Nabi Muhammd SAW tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperbaiki akhlaq. Setiap manusia harus mengikuti apa yang diperintahkanNya dan menjauhi laranganNya.
4. Hukum-Hukum
Hukum yang ada di Al-quran adalah memberi suruhan atau perintah kepada orang yang beriman untuk mengadili dan menjatuhkan hukuman kepada sesama manusia yang terbukti bersalah. Hukum dalam Islam berdasarkan al-Qur'an ada beberapa jenis atau macam seperti jinayat, mu'amalat, munakahat, faraidh dan jihad.
5. Tadzkir / Peringatan
Tadzkir atau peringatan adalah sesuatu yang memberi peringatan kepada manusia akan ancaman Allah SWT berupa seksa neraka atau waa'id. Tadzkir juga terdapat dalam bentuk kabar gembira bagi orang-orang yang beriman kepadaNya dengan balasan berupa nikmat syurga jannah atau waa'ad. Di samping itu ada pula gambaran yang menyenangkan di dalam alquran atau disebut juga targhib dan ada juga gambaran yang menakutkan dengan istilah lainnya tarhib.
6. Sejarah-Sejarah atau Kisah-Kisah
Sejarah atau kisah adalah cerita mengenai orang-orang yang terdahulu baik yang mendapatkan kejayaan akibat taat kepada Allah SWT serta ada juga yang mengalami kebinasaan akibat tidak taat atau ingkar terhadap Allah SWT. Dalam menjalani kehidupan seharian sebaiknya kita mengambil pengajaran yang baik dari sejarah masa lalu atau dalam  istilah lain disebut iktibar.
7. Dorongan Untuk Berfikir
Di dalam al-qur'an banyak ayat-ayat yang mengulas suatu perbincangan yang memerlukan pemikiran manusia untuk mendapatkan manfaat dan juga membuktikan kebenarannya, terutama mengenai alam semesta.
8. Janji dan ancaman.
Di dalam al-Quran juga telah dinyatakan janji-janji Allah serta ancaman kepada manusia di atas segala perbuatan yang dilakukan manusia semasa di dunia. Allah telah menjanjikan manusia balasan bagi perbuatan baik dan ancaman bagi kejahatan manusia. Contohnya di dalam al-Quran Allah telah menyatakan bagi sesiapa yang mencuri akan dipotong tangannya.

SURAH-SURAH DI DALAM AL-QURAN


Keseluruhan ayat yang terkandung dalam  al-Quran adalah sebanyak 6,236 ayat dengan kira-kira 1.2 juta huruf .Jumlah surah yang terdapat dalam Al Qur’an ada 114; nama-namanya dan batas-batas tiap-tiap surah, susunan ayat-ayatnya adalah menurut ketentuan yang telah ditetapkan dan diajarkan oleh Rasulullah sendiri (tauqifi).
Sebahagian dari surah-surah Al Qur’an mempunyai satu nama dan sebagian yang lain mempunyai lebih dari satu nama, sebagaimana yang akan diterangkan dalam muqaddimah tiap-tiap surat.
Surah-surah yang ada dalam Al Qur’an dari segi panjang dan pendeknya terbahagi kepada empat bahagian, iaitu:
 1. ASSAB’UTHTHIWAAL, dimaksudkan, tujuh surah yang panjang Yaitu: Al Baqarah, Ali Imran, An Nisaa’, Al A’raaf, Al An’aam, Al Maa-idah dan Yunus.
2. Al MIUUN, dimaksudkan surah-surah yang berisi kira-kira seratus ayat lebih seperti: Hud, Yusuf, Mu’min dan sebagainya.
3. Al MATSAANI, dimaksudkan surah-surah yang berisi kurang sedikit dari seratus ayat seperti: Al Anfaal. Al Hijr dan sebagainya.
4. AL MUFASHSHAL, dimaksudkan surah-surah pendek. seperti: Adhdhuha, Al Ikhlas, AL Falaq, An Nas da n sebagainya.
 Huruf-huruf Hijaaiyyah yang ada pada permulaan surat.
Di dalam Al Qur’an terdapat 29 surat yang dimulai dengan huruf-huruf hijaaiyyah yaitu pada surat-surat:
·  (1) Al Baqarah, (2) Ali Imran, (3) Al A’raaf. (4) Yunus, (5) Yusuf, (7) Ar Ra’ad, (8) lbrahim, (9) Al Hijr, (10) Maryam. (11) Thaaha. (12) Asy Syu’araa, (13) An Naml, (14) Al Qashash, (15) A1’Ankabuut, (16) Ar Ruum. (17) Lukman, (18) As Sajdah (19) Yasin, (20) Shaad, (21) Al Mu’min, (22) Fushshilat, (23) Asy Syuuraa. (24) Az Zukhruf (25) Ad Dukhaan, (26) Al Jaatsiyah, (27) Al Ahqaaf. (28) Qaaf dan (29) Al Qalam (Nuun).
Huruf-huruf hijaaiyyah yang terdapat pada permulaan tiap-tiap surat tersebut di atas, dinamakan ‘Fawaatihushshuwar’ artinya pembukaan surat-surat.

AYAT-AYAT MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH


Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian ayat iaitu ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyah.

1. Ayat-ayat yang diturunkan di Mekah atau sebelum Nabi Muhammad s.a.w. hijrah ke Madinah dinamakan ayat-ayat Makkiyyah.
2. Ayat-ayat yang diturunkan di Madinah atau sesudah Nabi Muhammad s.a.w. hijrah ke Madinah dinamakan ayat-ayat Madaniyyah.
Perbezaan antara ayat makkiyyah dan madaniah:
Bil
Ayat Makkiyyah
Ayat Madaniyyah
1
Ayat-ayat Makiyyah pada umumnya pendek-pendek
Ayat-ayat Madaniyyah panjang-panjang
2
19/30 juzuk daripada isi kandungan al-Quran berjumlah 4,780 ayat.
11/30 juzuk kandungan al-Quran berjumlah 1,456 ayat.
3
Ayat makkiyah kebiasaannya dimulakan dengan ayat ‘Yaa ayyuhannaas’ dan jarang dimulakan dengan"Ya ayyuhalladzi na aamanu"
Banyak ayat-ayat Madaniyyah dimulakan dengan perkataan "Ya ayyuhalladzi na aamanu" dan hanya sedikit dimulakan perkataan ‘Yaa ayyuhannaas’
4
Ayat-ayat Makkiyyah pada umumnya mengandungi hal-hal yang berhubung dengan keimanan, ancaman dan pahala, kisah-kisah umat terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti.

Ayat-ayat Madaniyyah pula mengandungi hukum-hukum sama ada yang berhubungan dengan hukum adat atau hukum-hukum duniawi seperti hukum bermasyarakat, hukum ketatanegaraan, hukum perang, hukum antara bangsa, hukum antara agama dan sebagainya