Sunday, April 10, 2011

SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN


Allah SWT menurunkan Al-Qur'an dengan perantaraan malaikat jibril sebagai pengantar wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW di gua hira’ pada tanggal 17 ramadhan ketika Nabi Muhammad berusia / berumur 41 tahun iaitu surat al alaq ayat 1 hingga 5. Ayat terakhir pula turun pada tanggal 9 zulhijjah tahun 10 hijriah iaitu surah almai’dah ayat 3.
Al-Quran tidak diturunkan secara serentak, tetapi ianya diturunkan sedikit demi sedikit baik beberapa ayat, satu surat, potongan ayat, dan sebagainya. Turunnya ayat dan surah bersesuaian dengan kejadian yang ada atau sesuai dengan keperluan. Selain itu dengan turun secara sedikit demi sedikit, Nabi Muhammad SAW akan lebih mudah menghafal serta meneguhkan hati orang yang menerimanya. Tempoh al-quran diturunkan ke bumi adalah lebih kurang sekitar 22 tahun 2 bulan dan 22 hari.

No comments:

Post a Comment