Sunday, April 10, 2011

DEFINISI AL-QURAN DARI SEGI ISTILAH


Al-Quran adalah firman atau wahyu yang berasal dari Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dengan perantara melalui malaikat jibril sebagai pedoman serta petunjuk seluruh umat manusia semua masa, bangsa dan lokasi. Alquran adalah kitab Allah SWT yang terakhir setelah kitab taurat, zabur dan injil yang diturunkan melalui para rasul.
Para ulama berpendapat  bahawa Al-quran berbeza dengan kitab lain kerana ianya adalah kalam atau firman Allah yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w yang mana membacanya merupakan satu ibadah.  Perkataan kalam bermaksud gabungan daripada semua jenis kalam. Dan, dengan menggabungkannya dengan  Allah (kalamullah) bererti tidak termasuk semua kalam manusia, jin, dan malaikat. Ianya hanya khas kepada kalam Allah.
“Katakanlah, ‘Sekiranya lautan menjadi tinta untuk menuliskan firman Rabku, akan habislah lautan sebelum firman Rabku habis ditulis, sekalipun Kami berikan tambahannya sebanyak itu pula.” (Al-Kahfi: 109).
“Dan, seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, ditambahkan sesudahnya tujuh lautan lagi, nescaya kalam Allah tidak akan habis.” (Luqman: 27).
Dan, al-quran itu terbatas kepada wahyu  yang diturunkan itu hanya kepada Muhammad saw, tidak termasuk apa yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya, seperti Taurat, Injil, dan lain-lain.
Definisi al-quran dari segi istilah yang paling rajih adalah wahyu yan disampaikan kepada nabi Muhammad S.A.W melalui perantara malaikat jibril secara tertib untuk disampaikan kepada seluruh umat..

No comments:

Post a Comment