Sunday, April 10, 2011

CARA PENYAMPAIAN WAHYU AL-QURAN KEPADA NABI


Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu dalam berbagai-bagai cara dan keadaan, di antaranya:
  • Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini Nabi s.a.w. tidak melihat  apapun, beliau hanya  merasa bahwa wahyu itu sudah berada saja dalam kalbunya. 
  • Malaikat (Jibril) menampakkan dirinya kepada Nabi dalam bentuk rupa lelaki yang mengajarkan kepada baginda membaca sesuatu wahyu sehingga baginda mengetahui dan benar-benar menghafal wahyu tersebut.
  • Wahyu datang kepada baginda seperti gemerincing loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan oleh baginda. Kadang-kadang pada kening baginda terpercik peluh walaupun wahyu turun pada musim dingin. Kadang-kadang unta baginda terpaksa berhenti dari berjalan dan terduduk kerana merasa amat berat sekiranya ketika wahyu diturunkan, baginda sedang menunggang unta.
 Zaid bin Thabit meriwayatkan katanya: “Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Aku lihat ketika turunnya wahyu, Rasulullah yang menerimanya seakan-akan diserang demam yang teruk dan peluh baginda bercucuran seperti permata. Setelah selesai turunnya wahyu, barulah baginda kembali seperti biasa”.
  • Malaikat (Jibril) menampakkan dirinya kepada Nabi, tidak berupa                   seorang lelaki tetapi dalam bentuk rupanya yang asal. Hal ini jelas dinyatakan dalam ayat 13-14, Surah An-Najm yang bermaksud: Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidarulmuntaha).

1 comment:

  1. Playtech and Microgaming Casino Review 2021
    Full review of Playtech Casinos in the Philippines ▶️ Check their games, mobile support & banking options ✔️ Grab one of Playtech's Software: Microgaming, 토토 먹튀 Microgaming, 라이브채팅 Quick Withdrawals: 24/7, 탱글 다희 성인 방송 Mobile Rating: 10/10 · winwinbet ‎Review by Leo 양방배팅 Faierman

    ReplyDelete