Sunday, April 10, 2011

TAKRIF AL-QURAN DARI SEGI BAHASA

Al-Quran adalah kata terbitan (masdar) daripada perkataan arab iaitu(قرأ) qara’a, (قرأة) qiraatan,    (قرأن)quranan.
قرأ)) qara’a bermaksud baca.Ia juga bermaksud mengumpulkan dan menghimpun. (قرأة)qiraatan pula membawa maksud menghimpunkan  satu huruf  dan perkataan  dengan huruf dan perkataan yang lain dalam satu ayat yang tersusun rapi.
Sebagaiamana firman Allah di dalam surah al-qiyamah yang bermaksud:
“Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya itu.” (Al-Qiyaamah: 17–18).
Sebahagian ulama mengatakan bahawa kitab ini mendapat nama al-quran kerana di dalamnya bukan sahaja mengandungi isi dari al-quran itu sendiri,bahkan ia juga mencakupi semua jenis ilmu yang ada di dunia. Perkara ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan, Kami turunkan kepadamu al-kitab (Quran) sebagai penjelasan bagi segala sesuatu.” (An-Nahl: 89).
“Tiada Kami alpakan sesuatu pun di dalam al-kitab ini (Quran).” (Al-An’am: 38).

Ada juga sebahagian ulama  berpendapat bahawa kata Quran itu pada mulanya tidak berhamzah sebagai kata jadian. Mungkin kerana ia dijadikan sebagai suatu nama bagi kalam yang diturunkan kepada Nabi saw. dan bukannya kata jadian dari qaraa atau mungkin juga kerana ia berasal dari kata(قرأن الشئ بالشئ) qar’ana asy-syai’ bi asy-syai’, yang bererti menghubungkan sesuatu dengan yang lain atau juga berasal dari kata قرأين))qaraain (saling berpasangan), kerana ayat-ayatnya satu dengan yang lain adalah berkaitan.

No comments:

Post a Comment