Sunday, April 10, 2011

HIKMAH DITURUNKAN AL-QURAN SECARA BERANSUR-ANSUR


Al Qur’an diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekkah dan 10 tahun di Madinah. Hikmah Al Qur’an diturunkan secara beransur-ansur itu ialah:
1. Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang tidak akan melaksanakan suruhan, dan meninggalkan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu diturunkan dalam bentuk yang banyak sekali gus kerana umat manusia akan merasa terbeban untuk melaksanakannya.  Hal ini  ada disebutkan oleh Bukhari dan riwayat ‘Aisyah r.a.
2. Di antara ayat-ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kemaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya al-Quran diturunkan sekali gus.
3. Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi akan lebih memberi kesan  dan lebih meresap ke dalam sanubari manusia.
4. Memudahkan penghafalan. Orang-orang musyrik ada menanyakan mengapa Al Qur’an tidak diturunkan sekaligus. sebagaimana tersebut dalam Al Qur’an ayat (25) Al Furqaan ayat 32, iaitu:
·         mengapakah Al Qur’an tidak diturunkan kepadanya sekaligus
·         Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri:
·         demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu
Hal ini kerana pada masa diturunkan wahyu ini, umat manusia pada masa ini kebanyakannya adalah dari golongan ummiyyin(buta huruf),jadi ianya sukar bagi mereka untuk menghafal al-quran dengan kuantiti yang banyak.
5. Di antara ayat-ayat ada yang merupakan jawaban daripada pertanyaan atau penolakan bagi suatu pendapat atau perbuatan, sebagai dikatakan oleh lbnu ‘Abbas r.a. Hal ini tidak dapat terlaksana kalau Al Qur’an diturunkan sekaligus.


No comments:

Post a Comment