Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian ayat iaitu ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyah.
1. Ayat-ayat yang diturunkan di Mekah atau sebelum Nabi Muhammad s.a.w. hijrah ke Madinah dinamakan ayat-ayat Makkiyyah.
2. Ayat-ayat yang diturunkan di Madinah atau sesudah Nabi Muhammad s.a.w. hijrah ke Madinah dinamakan ayat-ayat Madaniyyah.
Perbezaan antara ayat makkiyyah dan madaniah:
Bil | Ayat Makkiyyah | Ayat Madaniyyah |
1 | Ayat-ayat Makiyyah pada umumnya pendek-pendek | Ayat-ayat Madaniyyah panjang-panjang |
2 | 19/30 juzuk daripada isi kandungan al-Quran berjumlah 4,780 ayat. | 11/30 juzuk kandungan al-Quran berjumlah 1,456 ayat. |
3 | Ayat makkiyah kebiasaannya dimulakan dengan ayat ‘Yaa ayyuhannaas’ dan jarang dimulakan dengan"Ya ayyuhalladzi na aamanu" | Banyak ayat-ayat Madaniyyah dimulakan dengan perkataan "Ya ayyuhalladzi na aamanu" dan hanya sedikit dimulakan perkataan ‘Yaa ayyuhannaas’ |
4 | Ayat-ayat Makkiyyah pada umumnya mengandungi hal-hal yang berhubung dengan keimanan, ancaman dan pahala, kisah-kisah umat terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti. | Ayat-ayat Madaniyyah pula mengandungi hukum-hukum sama ada yang berhubungan dengan hukum adat atau hukum-hukum duniawi seperti hukum bermasyarakat, hukum ketatanegaraan, hukum perang, hukum antara bangsa, hukum antara agama dan sebagainya |
Online casino site - LuckyClub
ReplyDeleteThe best online casino site in the UK. Free games, sports betting & casino apps all in one place! Rating: 4 · luckyclub 7 votes · Free · Game